AKU ada satu kesukaan. Eh bukan satu, tapi pelbagai sebenarnya.. Salah satu kesukaan aku adalah berkaitan kecantikan. Honestly, aku suka tengok wanita yang cantik, berpenampilan menarik apatahlagi kalau wanita tu sudah beranak-pinak. Laju je rasanya mulut ni nak tanya "eh, awak pakai produk muka apa eh??".eh cantiknya baju/tudung awak, beli kat mane??". Hahaha. Nampak sangat menyibuk. Well, what can i say?? So selalunya, every month bila dapat gaji, perkara pertama yang aku beli adalah produk kecantikan. Seriously, aku tak kesahpun berbelanja agak banyak untuk produk skincare terutamanya..janji aku dapat mencuba. Dah itu minat aku, so aku redha jelakan.Baju/tudung dan lain-lain tu aku tengok pada keperluannya.
Lagi satu, bila umur dah bertambah, dan sudah beranak-pinak, penampilan still kena jaga. Berat badan kena jaga, muka kena jaga, stamina kena jaga, badan nak pakai lama macam nilah. Aku membesar dengan emak yang mementingkan kecantikan. Pelbagai krim mak aku ada. Vitamin pun mak aku tak pernah skip. So bertitik tolak dari situla aku jadi terikut-ikut dengan mak aku. Emak selalulah nasihatkan aku suruh makan vitamin, jaga muka, jaga badan..Jadi bila dah usia menginjak ni, baru aku sedar kenapa mak aku nasihatkan aku macam tu. Susah kot nak maintain macam zaman muda mudi dulu kalau kita tak jaga kan?. So aku kagumlah dengan wanita diluar sana yang menjaga kecantikan.
Cuma sekarang ni, aku tengah cari masa untuk bersenam. Penting sebenarnya bersenam ni. Aku bertahun-tahun dah tak bersenam. Masa asyik cemburu jeeee (nampak benar alasannya). Hahaha. Oklah, nak sambung buat filling balik. Bye-Bye!!