Thursday 2 May 2013

Mudah-mudahan

InsyaAllah, pada 27 Mei kedua emak dan ayah aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah. Syukur, murah rezeki mereka menjadi tetamu Allah untuk kali ke berapa pn aku tak ingat. Ayah akan menguruskan jemaah yang membuat Umrah di sana bersama rombongan dari Al-Fajr Travel. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar.

Kadang bila melihat emak dan ayah yang pergi ke sana acapkali, terdetik di hati aku "bila agaknya giliran aku ke sana?". Aku harap impian yang satu ini akan tercapai, merasai sendiri bagaimana rasanya menjejakkan kaki ke tempat yang begitu indah itu. Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih itu akan menunaikan impian aku. InsyaAllah. Tiada yang mustahil sekiranya ianya dengan izinNya :)

Tuesday 5 March 2013

Kalau dah namanya wanita...

AKU ada satu kesukaan. Eh bukan satu, tapi pelbagai sebenarnya.. Salah satu kesukaan aku adalah berkaitan kecantikan. Honestly, aku suka tengok wanita yang cantik, berpenampilan menarik apatahlagi kalau wanita tu sudah beranak-pinak. Laju je rasanya mulut ni nak tanya "eh, awak pakai produk muka apa eh??".eh cantiknya baju/tudung awak, beli kat mane??". Hahaha. Nampak sangat menyibuk. Well, what can i say?? So selalunya, every month bila dapat gaji, perkara pertama yang aku beli adalah produk kecantikan. Seriously, aku tak kesahpun berbelanja agak banyak untuk produk skincare terutamanya..janji aku dapat mencuba. Dah itu minat aku, so aku redha jelakan.Baju/tudung dan lain-lain tu aku tengok pada keperluannya.

Lagi satu, bila umur dah bertambah, dan sudah beranak-pinak, penampilan still kena jaga. Berat badan kena jaga, muka kena jaga, stamina kena jaga, badan nak pakai lama macam nilah. Aku membesar dengan emak yang mementingkan kecantikan. Pelbagai krim mak aku ada. Vitamin pun mak aku tak pernah skip. So bertitik tolak dari situla aku jadi terikut-ikut dengan mak aku. Emak selalulah nasihatkan aku suruh makan vitamin, jaga muka, jaga badan..Jadi bila dah usia menginjak ni, baru aku sedar kenapa mak aku nasihatkan aku macam tu. Susah kot nak maintain macam zaman muda mudi dulu kalau kita tak jaga kan?. So aku kagumlah dengan wanita diluar sana yang menjaga kecantikan.

Cuma sekarang ni, aku tengah cari masa untuk bersenam. Penting sebenarnya bersenam ni. Aku bertahun-tahun dah tak bersenam. Masa asyik cemburu jeeee (nampak benar alasannya). Hahaha. Oklah, nak sambung buat filling balik. Bye-Bye!!

Sunday 3 February 2013

Titik Kelemahan | iluvislam.com discover the beauty of islam

Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan.
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.Seseorang indiviu yang diuji Allah dengan kekurangan harta, maka pada titik harta itulah Allah berterusan mengujinya. Allah uji dengan ketidakcukupan wang dan harta. Allah uji dengan kesempitan rezeki. Allah uji dengan pelbagai masalah yang membutuhkan wang yang banyak.

Seringkali kita tonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak, babak-babak kehidupan manusia yang diuji dengan harta sering dipaparkan. Pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang banyak.
Seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesame manusia. Ada yang diuji dengan penceraian antara suami isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesame ahli keluarga, ada yang berkelahi anta jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin. Malah, ada pula pasangan yang bercerai diuji pula dengan hubungan dengan anak-anak yang kian merenggang dan sebagainya. Dititik kelemahan itu Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia.

Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain.  Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Maka, ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi.
Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way"Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah.
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian.
Firman Allah yang bermaksud;
"... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah. Firman Allah,
" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah.
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)
- Artikel iluvislam.com

Sunday 6 January 2013

Happy New Year..2013 :)

Alhamdulillah, seperti yang telah di ceritakan sebelum ini, akhirnya aku telah disahkan ke bahagian yang baru, effective 1 Jan 2013. Yang buat aku rasa bersyukur tu, boss aku sangat baik , seorang lelaki & cool. Bila semua staff dengar aku dapat dia, semua kate ok. Makbul doa aku. Aku sebenarnya tak kisah kalau kerja banyak, yang penting boss..hahaha

Well, 2013 ni banyak benda baru untuk aku, masuk bahagian baru, dapat rumah baru yang tak berapa baru, azam baru, semangat baru,rambut baru, eh..eh..so, hendaknya semoga tahun ini akan menjadi lebih kreatif dan mama yang sangat supportive dan sporting pada anak-anaknya.amin

Sebenarnya, si kecik aku tu baru je baik demam akibat tumbuh gigi. Meragam selama 2 hari. Serba tak kena..memang amat menguji kesabaran aku..Harapan aku, semoga Allah tingkatkan kesabaran aku di masa akan datang..aku cuba untuk menjadi ibu yang baik pada anak-anak aku. Si abang pulak, banyak improvement aku tengok pada dia. Pandai membaca, mengira, kreatif, pandai mengalah, bijak, dan pandai mengambil hati, walaupun bakal menginjak ke 5 tahun pada Mac 2013 akan datang. Semoga Allah lindungi anak-anak mama dengan penuh rahmat, memberikan kecergasan akal fikiran,berjaya di bidang yang mereka ceburi nanti  dan menjadi anak-anak yang berguna dunia dan akhirat, itulah harapan mama, papa, atuk2 dan wan semua

Ok,lastly..
semoga tahun ini kita semua maju kehadapan dan lebih positif dari tahun-tahun sebelumnya..aminnn :)

Tuesday 27 November 2012

Harap semuanya ok saja :)

Pagi tadi, my hubby tanya kat aku "mama, lamakan mama tak update blog? bila dia tanya macam tu,aku betul-betul tak sangka, rupanya hubby aku follow jugak blog aku ni..well, tertubuhnya blog ni pun pasal hubby aku sebenarnya, dan dia je yang tahu aku ada blog. Kawan-kawan office, memang aku takda war-warkan pon.hehehe.Kekangan masa pun nak update blog ni kan?

Ok,
Sebenarnya, aku berada dalam keadaan yang nervous jugak sekarang ni, sebab dengar ceritanya 30hb ni, akan dapat surat dari HR dan penempatan sekali. Dekat bahagian manalah nanti aku akan duduk kan..paling payah nak memulakan suasana baru tu..yelah aku dah di bahagian aku sekarang ni 9y + +, mintak-mintaklah semuanya ok. Bahagian kami akan bergabung dengan bahagian lain.Entahla, tunggu jelah Jumaat ni.

 Office aku buat rombakan besar-besaran. Tu yang banyak kena tukar-tukar tu. Ramai yang naik pangkat. Alhamdulillah, rezeki mereka semua. Oklah, nak sambung buat kerja balik,Tatatititutu :)

Sunday 21 October 2012

G.A.J.I!!!!

Hari yang aku nantikan untuk setiap bulan adalah ketika hari kegajian. Macam biasa, sebelum hari kegajian itu muncul, berazam untuk berjimat cermat, tapi sayangnya apabila saat itu tiba, wang yang ada makin lama makin menipis, disebabkan nafsu beli itu dan ini. Hahaha. Aku rasa semua orangpun macam itu juga :)

Ok, memandangkan, tahun 2013 bakal mendatang tidak lama lagi, aku sertakan "wishlist" yang aku harapkan ianya bakal menjadi kenyataan :-

(1) Rumah sendiri..(Insyaallah,akan tercapai tidak lame lagi :)

 (wah, gamba bukan main..hahaha)

(2) Duit simpanan yang banyak (ini azam bertahun-tahun da..payah sikit nak tercapai.hahaha)

 
(3) Menunaikan Umrah. Amin.. (sejuk perut mak aku)


(4) Smart phone (pink color)






(5) Nikon 1 (pink color jugak)



(6) Mixer (aku prefer pink jugak.hahaha)






(7) Electric Oven (senang tak payah pinjam dekat mak dah) -tak kisah color ape, janji besar.hehehe



(8) MNG/Charles & Keith / Guess handbag (pink color)


(9) Galaxy tab (pink color)


(10) Hello Kitty manicure/pedicure set







So, itulah antara wishlist aku. Aku letak 10 dulu, nanti sudah tercapai semua, aku tambah lagi 20 pulak wishlist seterusnya. Gulp!






Monday 15 October 2012

Simple and minimalis is nice.

Oke.Kalau ditanya konsep rumah yang aku minat dalam menghias rumah, aku pilih simple dan minimalis.Sebab apa?Kerana bagi aku, biarlah ianya ringkas tetapi praktis, dinamis, ringkas, efektif dan efisien (ya, benar aku google maksud minimalis dlm google ye tuan puan)..haha..Tapi series, aku suka yang ringkas tetapi dwifungsi.Aku juga kurang menggemari konsep yang berserabut, terlalu banyak perabut dan hiasan